a) Memahami
bahawa membaca adalah satu proses membuat makna
- Membaca pada peringkat awal ialah memperoleh atau mengekalkan skema untuk bacaan yang berdasarkan jangkaan bahawa teks yang dibaca akan memberi sentuhan kepada pembaca. Apabila kanak-kanak melihat orang dewasa membaca, menulis dan mencetak sesuatu yang menarik perhatian mereka, mereka akan mengetahui bahawa pembacaan adalah pembinaan makna daripada sumber cetakan dan bacaan yang dapat memberikan keseronokan dan maklumat kepada mereka. Jika pengalaman pengajaran tidak seimbang atau tidak sesuai, kanak-kanak boleh belajar untuk mentafsirkan pembacaan sebagai pembunyin perkataan, meneka secara rawak atau menghafal perkataan terpencil.
b) Untuk
melihat pemerolehan perbendaharaan kata
Satu matlamat yang penting pada peringkat
awal pembacaan ialah melihat pengambilalihan permulaan perbendaharaan kata
penglihatan. Perbendaharaan kata penglihatan ialah perkataan bercetak yang
diiktiraf serta merta (tanpa analisis) dalam pelbagai konteks. Hampir semua
perkataan yang dihadapi oleh pembaca yang matang diiktiraf oleh penglihatan.
Satu perbendaharaan kata penglihatan membangun dalam tempoh masa tertentu akibat
daripada pelbagai pendedahan kepada perkataan yang dicetak dalam konteks bahasa
yang berbeza.
Perbendaharaan
kata kanak-kanak berkembang secara semula jadi iaitu apabila mereka mendengar
atau didedahkan dengan satu-satu perkataan secara berulang-ulang. Contohnya
perkataan ‘berhenti’ atau ‘stop’. Pada awalnya mereka mungkin memahami
kenyataan berhenti dengan perkataan yang dipaparkan, namun lama-kelamaan mereka
akan memahaminya dalam konteks yang lebih luas lagi. Contohnya jika mereka
berjumpa dengan tanda ‘noktah’ secara automatik mereka juga akan berhenti.
Menurut
Goodman (1988), “The justification for
creating contrived stories with highly controlled vocabulary was that the story
is a vehicle for teaching words that will eventually be used in reading more
realistic, meaningful texts (Goodman et al., 1988)”. Secara justifikasinya,
jalan cerita yang sistematik wujud melalui perbendaharaan kata yang tersusun. Hal
ini disebabkan penggunaan perbendaharaan kata yang tersusun menjadi panduan
kepada kanak-kanak untuk membaca dengan realistic dan memahami makna cerita
yang dibaca.
Kata-kata
telah diperkenalkan sebelum cerita dibacakan. Perbendaharaan kata yang
digunakan dalam bacaan awal telah dipilih daripada senarai frekuensi tinggi
perkataan. Pengenalan kata-kata tersebut telah dikawal dengan teliti. Hanya
beberapa perkataan sahaja yang dibentangkan. Perkataan tersebut telah diulang
beberapa kali supaya ia menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata
penglihatan kanak-kanak. Cerita-cerita dalam buku pertama program pula daripada
kata-kata yang telah diajarkan tadi.
c) Menyeimbangkan penggunaan sistem pemberian isyarat dalam bahasa bertulis bagi mengenal pasti kata-kata sampingan yang tidak dikenali.
Berikut ialah isyarat awal bacaan:
Faktor fizikal
Kesempurnaan fizikal (kesihatan)
o
Murid
yang mempunyai kesempurnaan fizikal yang kurang baik tidak akan dapat
memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar dan kerap tidak hadir ke sekolah
kerana tidak sihat.
o
Faktor
ini juga disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat.
Kesempurnaan pancaindera (kecacatan)
o
Kesempurnaan
mata, telinga dan mulut membolehkan murid menggunakan deria tersebut untuk
memberikan tindak balas yang baik terhadap maklumat yang diterima.
o
Jika
proses penglihatan dan pendengaran tidak dapat berfungsi dengan baik, tahap
awal proses membaca akan menghadapi kegagalan.
o
Selain
itu, seseorang yang menghadapi kecelaruan otak akan menghadapi masalah dalam
pembelajaran terutama sekali dari segi pembacaan.
Faktor persekiratan
pembentukan bahasa
- Penguasaan bahasa yang baik menjadikan pelajar berkeupayaan tinggi untuk membaca. Perbendaharaan kata yang luas dan pelbagai menjadi asas dalam keupayaan membaca untuk mencari makna. Bacaan yang luas menambah keupayaan bebahasa dan meningkatkan lagi kemahiran membaca.
Amalan sekolah
- Pentadbiran dan sukatan pelajaran di sekolah amat mempengaruhi keupayaan membaca murid-murid.
- Keutamaan pembelajaran di sekolah tertumpu kepada peperiksaan semata-mata dan guru pula hanya memberikan perhatian kepada pelajar yang pandai sahaja. Pelajar yang lemah kurang diberi perhatian menyebabkan mereka sentiasa ketinggalan dalam pelajaran.
Faktor keluarga
- Jika sesebuah keluarga mengamalkan budaya membaca, sudah tentu setiap ahli keluarga tersebut tidak mengalami kesulitan untuk membaca. Berbeza dengan keluarga yang kurang atau tidak menghiraukan aktiviti membaca. Kemungkinan besar anak-anak malas membaca dan tidak mustahil juga mereka akan menghadapi masalah ketika membaca.
No comments:
Post a Comment