Saturday 18 May 2013

Pemilihan bahan bacaan


Pemilihan bahan bacaan yang sesuai sangat penting dalam proses pembelajaran yang berkesan. Oleh itu, bahan bacaan yang baik dapat dilihat dari pelbagai aspek. Antaranya ialah faktor tulisan yang jelas, ilustrasi warna yang sesuai, faktor perbendaharaan kata, faktor ayat.

Faktor tulisan yang jelas
  • Merujuk kepada aspek reka bentuk sesuatu tulisan.
  • Faktor ini mengambil kira pelbagai aspek seperti jenis saiz tulisan, jenis fon, jarak antara huruf, jarak antara baris, saiz muka surat, ketebalan cetakan tulisan, ketebalan kertas dan sebagainya.
  • Semua ini didapati boleh mempengaruhi kebolehbacaan bahan.
  • Jenis dan saiz fon yang berbeza diperlukan untuk kategori pembaca yang berbeza.
  • Contohnya;
- saya suka baca buku.
- saya suka baca buku.

Faktor ilustrasi dan warna
  • Faktor ini membantu meningkatkan atau mengurangkan minat pembaca kepada sesuatu teks bergantung pada persembahan dan penggunaannya dalam bahan bacaan.
  • Kajian menunjukkan kanak-kanak amat meminati bahan bacaan yang banyak mengandungi ilustrasi sekali gus memudahkan mereka membaca bahan tersebut kerana adanya faktor minat.
  • Kajian yang dilakukan oleh Andrews & Scharff (2002) menunjukkan bahawa pelajar prasekolah lebih meminati bahan bacaan yang bergambar yang terang dan realistik berbanding buku-buku yang mengandungi bergambar-gambar terang dan abstrak, suram dan realistik serta suram dan abstrak. Kajian ini telah membuktikan bahawa jenis ilustrasi yang digunakan dalam bahan bacaan memberi kesan kepada pembacanya.
  • Ilustrasi juga boleh membantu meningkatkan kefahaman pembaca terhadap konsep seperti ilustrasi yang terdapat dalam buku-buku sains. Namun, ia juga mempunyai kelemahan di sebaliknya. Ia boleh menyebabkan pembaca malas membaca dan hanya merujuk kepada ilustrasi untuk mendapatkan sesuatu maklumat. Hal ini juga boleh menyebabkan pembaca kehilangan fakta penting atau mendapat fakta yang tidak tepat hanya berdasarkan ilustrasi.
  • Penggunaan dakwat warna selain daripada warna hitam dan penggunaan kertas lain daripada putih boleh mengurangkan kejelasan bahan bacaan.


Faktor perbendaharaan kata
  • Faktor ini sangat penting dalam menentukan tahap kesukaran bahan bacaan.
  • Kajian yang dijalankan oleh Harisson (1980) telah membuktikan bahawa perbendaharaan kata adalah faktor yang paling meyakinkan untuk meramal kesukaran teks.
  • Terdapat dua cara yang biasa digunakan untuk mengukur kesukaran teks melalui faktor ini iaitu dengan mengukur panjang perkataan dan kekerapan perkataan.
  • Perkataan yang panjang merupakan perkataan yang jarang digunakan manakala perkataan yang kerap digunakan merupakan perkataan yang mudah kerana mudah dikenali dan difahami.


Faktor ayat
  • Jika struktur ayat adalah kompleks, pemahaman terhadap petikan akan menjadi sedikit sukar.
  • Kajian menunjukkan penggunaan perkataan penerangan yang berlebihan seperti perkataan lebih suka, lebih kurang, sedikit, dan beberapa menyebabkan kefahaman teks menurun.
  • Manakala, penggunaan perkataan kemungkinan seperti mungkin, selalunya, boleh jadi dan kadang kala boleh menyebabkan kekaburan dan ketidakjelasan teks yang dibaca.
  • Kesukaran ayat boleh dikategorikan kepada lima, iaitu;
  1. Kata kerja berbanding kata kerja pasif
  2. Proses pembentukan kata nama
  3. Kata kerja bantu
  4. Bilangan klausa dalam ayat
  5. Pemahaman dan penggantian.


Faktor susunan teks
  • Faktor ini berkait rapat dengan cara sesuatu teks itu dipersembahkan.
  • Susunan teks mengambil kira perkara-perkara seperti perenggan, tajuk-tajuk kecil, penggunaan perkataan yang digariskan, dicondongkan dan yang ditebalkan.
  • Perkara-perkara ini digunakan untuk menjadikan sesebuah teks itu lebih mudah difahami.


KANAK-KANAK DAN PEMILIHAN BAHAN BACAAN

Persembahan dan penyampaian yang sesuai amat diperlukan dalam sebuah bahan bacaan. Hal ini demikian kerana kanak-kanak mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza. Secara umumnya kanak-kanak dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan umur seperti berikut:

Umur 0-6 tahun (peringkat prasekolah)
  • Kanak-kanak pada peringkat umur ini belum lagi mempunyai fikiran yang kritis untuk memahami sebab dan akibat atau cara dan tujuan. Pengetahuan mereka tentang kenyataan dan fakta adalah sangat sederhana.
  • Buku yang sesuai bagi peringkat pra sekolah ini perlulah mengandungi teks yang pendek, penuh dengan aksi mudah yang menuju kepada kesimpulan yang memuaskan.
  • Ia juga harus mempunyai perkaitan dengan dunia sehariannya. Hal ini demikian kerana ia dapat membantu mereka memahami dan menginterpretasikan dunia sekelilingnya.


Umur 6-8 tahun 
  • Kanak-kanak yang berada pada peringkat umur ini mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan mereka juga sudah mula mengerti serba sedikit apa-apa yang dibicarakan oleh orang dewasa. Kanak-kanak selalunya telah bersedia untuk membaca jika:
  • Tertanya-tanya tentang huruf dan perkataan dalam buku, akhbar atau kertas.
  • Meluangkan masa “membaca” buku-buku bergambarnya.
  • Suka mendengar cerita.
  • Berminat dalam perkataan-perkataan dan leka untuk meningkatkan tatabahasanya.
  • Berpura-pura menulis dan membaca—cuba untuk menyalin huruf-huruf dan nombor.
  • Pada peringkat ini, mereka mungkin sudah boleh membaca buku yang mengandungi teks yang banyak. Buku-buku bergambar juga sangat sesuai digunakan untuk mereka kerana gambar-gambar yang terdapat dalam buku boleh memberi gambaran kepada teks. Mereka juga berminat dalam hal-hal yang berkaitan dengan binatang dan alam semula jadi.



Umur 8-10 tahun
  • Pada peringkat ini, kanak-kanak mempunyai daya imaginasi yang semakin berkembang dan mereka seronok dengannya.
  • Bahan bacaan yang mengandungi cerita dongeng dan cerita rakyat amat sesuai digunakan untuk membantu mereka berimaginasi.


Umur 10-12 tahun
  • Pada peringkat ini, mereka telah mempunyai sikap kritis terhadap unsur-unsur kenyataan dan bersedia untuk menerima pengetahuan baharu.  Perkembangan tatabahasanya juga berkembang dengan cepat dan mempunyai kebolehan yang tinggi dalam mengungkapkan idea-idea yang abstrak.
  • Mereka juga berusaha belajar untuk mendapatkan maklumat daripada buku. Mereka sudah mampu mengikuti arahan-arahan yang terdapat dalam buku mereka.
  • Oleh itu, pada peringkat ini, buku yang berhubung dengan seni dan kerja tangan mampu menarik minat mereka.
  • Walaupun pembahagian peringkat kanak-kanak mengikut umur tidak begitu jelas dan menimbulkan perbezaan, orang-orang dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak perlu tahu serba sedikit tentangnya. Ini kerana setiap peringkat umur, kanak-kanak memerlukan bahan penerbitan yang berbeza dari segi persembahan dan bentuk bahannya.


PENDEKATAN DALAM MENGAJAR MEMBACA



Abjad / huruf
  • Kaedah yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan.
  • Kaedah ini memerlukan kanak-kanak untuk mengenal nama huruf dari a-z. kemudian kanak-kanak diajar mengenali huruf vokal a, e, i, o, u, huruf konsonan dan diftong ai, au, dan oi.
  • Selepas itu, bunyi-bunyi huruf diperkenalkan dan huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya perkataan.
  • Kelebihan;
  1. sesuai dengan binaan perkataan bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
  2. Kaedah ini juga membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan-perkataan baru yang belum dipelajari.
  3. Memberi asas yang kukuh dalam membaca.


Pandang dan sebut / seluruh perkataan
  • Kaedah ini sangat popular dalam mengajar bacaan dalam bahasa Inggeris.
  • Melalui kaedah ini, pengajaran membaca adalah berdasarkan perkataan-perkataan yang biasa digunakan seharian yang membentuk kebanyakan pertuturan kita seperti saya, makan, tidur, main, emak, ayah dan sebagainya.
  • Guru akan memperkenalkan beberapa perkataan dahulu dan diulang berkali-kali menyebutnya. Kebiasaannya, perkataan tersebut disertakan dengan gambar dan mengandaikan bahawa murid belajar secara pandang (visual).
  • Kaedah ini tidak menggunakan aktiviti mengeja sama sekali.
  • Guru digalakkan menggunakan kaedah fonik iaitu menghubungkan satu huruf dengan satu bunyi sekiranya murid tidak dapat menyebut perkataan tertentu.


Fonek / bunyi
  • Kaedah ini adalah antara kaedah mengajar bacaan yang digemari oleh guru.
  • Kaedah ini menekankan hubungan bunyi-bunyi dengan huruf-hurufnya.
  • Kaedah ini sesuai digunakan kerana susuk bahasa Melayu yang terdiri daripada suku kata yang tetap bunyinya.
  • Menurut kaedah fonik, hanya bunyi huruf yang diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata dan seterusnya membunyikan perkataan.
  • Dalam bidang fonetik, huruf tidak dieja tetapi terus dibunyikan. Contohnya;
  1. a disebut aa
  2. b disebut be
  3. c disebut ce
  • Dan begitulah bagi huruf-huruf dan suku kata yang lain. Sebagai contohnya ka + ti terus disebut sebagai [ka] + [ti] dan seterusnya disebut sebagai [kati].


Gabungan bunyi – kata (dari nama huruf dan bunyi kepada perkataan
  • Diperkenalkan oleh Professor Isahak Haron.
  • Dalam kaedah ini, pelajar diajar langkah demi langkah, mulai dengan bunyi huruf digabungkan dengan nama huruf (abjad) dan bentuk huruf.
  • Kemudian, mereka membina suku kata dan seterusnya perkataan.
  • Latih tubi mengeja adalah perlu berdasarkan perkataan pelbagai deria.
  • Contohnya;
  1. Guru tunjukkan huruf pada kad imbasan dengan gambar di sebelah belakang. Pelajar menyebut nama huruf tersebut.
  2. Guru menyebut perkataan dan bunyi huruf.
  3. Guru menyebut bunyi huruf dan kemudian menyebut nama huruf.
  4. Pelajar mengulang bunyi dan menyebut nama huruf, menulis huruf sambil menyebutnya (terjemahkan huruf yang ditulis kepada bunyi yang didengar).
  5. Pelajar menulis huruf dengan mata tertutup untuk dapat merasakan huruf itu.
  • Setelah pelajar mula biasa dengan nama, bunyi, dan bentuk huruf, guru boleh meneruskan dengan latih tubi berikut;
  1. Murid melihat semula kad imbasan dan membunyikan huruf dengan kuat (proses bacaan).
  2. Guru membunyikan huruf-huruf tertentu secara rawak. Murid menyebut nama huruf dan kemudiannya menulis (proses mengeja).
  • Hubungan antara nama, bunyi dan bentuk huruf hendaklah diajar terlebih dahulu dengan pengetahuan bahawa sesetengah huruf adalah vokal dan sangat diperlukan dalam setiap perkataan.

   



Tuesday 14 May 2013

Belajar membaca




   a) Memahami bahawa membaca adalah satu proses membuat makna
  • Membaca pada peringkat awal ialah memperoleh atau mengekalkan skema untuk bacaan yang berdasarkan jangkaan bahawa teks yang dibaca akan memberi sentuhan kepada pembaca. Apabila kanak-kanak melihat orang dewasa membaca, menulis dan mencetak sesuatu yang menarik perhatian mereka, mereka akan mengetahui bahawa pembacaan adalah pembinaan makna daripada sumber cetakan dan bacaan yang dapat memberikan keseronokan dan maklumat kepada mereka. Jika pengalaman pengajaran tidak seimbang atau tidak sesuai, kanak-kanak boleh belajar untuk mentafsirkan pembacaan sebagai pembunyin perkataan, meneka secara rawak atau menghafal perkataan terpencil.


   b) Untuk melihat pemerolehan perbendaharaan kata

Satu matlamat yang penting pada peringkat awal pembacaan ialah melihat pengambilalihan permulaan perbendaharaan kata penglihatan. Perbendaharaan kata penglihatan ialah perkataan bercetak yang diiktiraf serta merta (tanpa analisis) dalam pelbagai konteks. Hampir semua perkataan yang dihadapi oleh pembaca yang matang diiktiraf oleh penglihatan. Satu perbendaharaan kata penglihatan membangun dalam tempoh masa tertentu akibat daripada pelbagai pendedahan kepada perkataan yang dicetak dalam konteks bahasa yang berbeza.

          Perbendaharaan kata kanak-kanak berkembang secara semula jadi iaitu apabila mereka mendengar atau didedahkan dengan satu-satu perkataan secara berulang-ulang. Contohnya perkataan ‘berhenti’ atau ‘stop’. Pada awalnya mereka mungkin memahami kenyataan berhenti dengan perkataan yang dipaparkan, namun lama-kelamaan mereka akan memahaminya dalam konteks yang lebih luas lagi. Contohnya jika mereka berjumpa dengan tanda ‘noktah’ secara automatik mereka juga akan berhenti.

          Menurut Goodman (1988), “The justification for creating contrived stories with highly controlled vocabulary was that the story is a vehicle for teaching words that will eventually be used in reading more realistic, meaningful texts (Goodman et al., 1988)”. Secara justifikasinya, jalan cerita yang sistematik wujud melalui perbendaharaan kata yang tersusun. Hal ini disebabkan penggunaan perbendaharaan kata yang tersusun menjadi panduan kepada kanak-kanak untuk membaca dengan realistic dan memahami makna cerita yang dibaca.

          Kata-kata telah diperkenalkan sebelum cerita dibacakan. Perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan awal telah dipilih daripada senarai frekuensi tinggi perkataan. Pengenalan kata-kata tersebut telah dikawal dengan teliti. Hanya beberapa perkataan sahaja yang dibentangkan. Perkataan tersebut telah diulang beberapa kali supaya ia menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata penglihatan kanak-kanak. Cerita-cerita dalam buku pertama program pula daripada kata-kata yang telah diajarkan tadi.


c) Menyeimbangkan penggunaan sistem pemberian isyarat dalam bahasa bertulis bagi mengenal pasti kata-kata sampingan yang tidak dikenali. 


Berikut ialah isyarat awal bacaan:









            Faktor fizikal

  Kesempurnaan fizikal (kesihatan)
o   Murid yang mempunyai kesempurnaan fizikal yang kurang baik tidak akan dapat memberikan tumpuan semasa guru sedang mengajar dan kerap tidak hadir ke sekolah kerana tidak sihat.
o   Faktor ini juga disebabkan oleh faktor pemakanan yang tidak sihat.

  Kesempurnaan pancaindera (kecacatan)
o   Kesempurnaan mata, telinga dan mulut membolehkan murid menggunakan deria tersebut untuk memberikan tindak balas yang baik terhadap maklumat yang diterima.
o   Jika proses penglihatan dan pendengaran tidak dapat berfungsi dengan baik, tahap awal proses membaca akan menghadapi kegagalan.
o   Selain itu, seseorang yang menghadapi kecelaruan otak akan menghadapi masalah dalam pembelajaran terutama sekali dari segi pembacaan.


Faktor persekiratan

pembentukan bahasa
  • Penguasaan bahasa yang baik menjadikan pelajar berkeupayaan tinggi untuk membaca. Perbendaharaan kata yang luas dan pelbagai menjadi asas dalam keupayaan membaca untuk mencari makna. Bacaan yang luas menambah keupayaan bebahasa dan meningkatkan lagi kemahiran membaca.

Amalan sekolah
  • Pentadbiran dan sukatan pelajaran di sekolah amat mempengaruhi keupayaan membaca murid-murid.
  • Keutamaan pembelajaran di sekolah tertumpu kepada peperiksaan semata-mata dan guru pula hanya  memberikan perhatian kepada pelajar yang pandai sahaja. Pelajar yang lemah kurang diberi perhatian  menyebabkan mereka sentiasa ketinggalan dalam pelajaran.


Faktor keluarga
  • Jika sesebuah keluarga mengamalkan budaya membaca, sudah tentu setiap ahli keluarga tersebut tidak mengalami kesulitan untuk membaca. Berbeza dengan keluarga yang kurang atau tidak menghiraukan aktiviti membaca. Kemungkinan besar anak-anak malas membaca dan tidak  mustahil juga mereka akan menghadapi masalah ketika membaca.








Tuesday 30 April 2013

Keterampilan Membaca

 
PENGENALAN

         Kemahiran  membaca  merupakan  satu  kemahiran  asas  yang  wajib  dipelajari  sebelum  memulakan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  konteks  di  sekolah  misalnya.  Hal  ini  demikian  kerana  kesemua  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  bermula  dengan  kemahiran  membaca  dan  diikuti  dengan  kemahiran  lainnya  seperti  bertutur,  mendengar  dan  menulis.  Pada  dasarnya,  sangat  perlu  bagi  seseorang  individu  mempelajari  tiga  perkara  asas  dalam  pendidikan  iaitu  membaca,  menulis  dan  mengira.  Ketidakupayaan  dalam  ketiga-tiga  perkara  ini  menyebabkan  seseorang  itu  hidup  dalam  keadaan  buta  huruf.  Perkara  ini  pastinya  menyebabkan  seseorang  itu  tidak  berpeluang  mempunyai  pekerjaan  yang  lebih  baik  dan  terlalu  bergantung  kepada  orang  lain  dalam  kehidupannya.  Secara  khususnya,  ketiga-tiga  asas  ini  sangat  penting  terutama  dalam  dunia  moden  yang  memaksa  kita  untuk  sentiasa  bersaing  secara  global  agar  melahirkan  masyarakat  yang  tidak  ketinggalan  jauh  oleh  arus  pemodenan.


DEFINISI  MEMBACA

Mengikut  pendapat  dan  pandangan  tokoh  tempatan  dan  barat.

Tokoh  tempatan:

            Membaca  dapat  diertikan  sebagai  satu  proses  yang  dilakukan  pembaca  bagi  membentuk  atau  memberikan  makna  terhadap  teks  yang  dibacanya  tersebut  sebelum  membuat  keputusan.  (Mahzan  Arshad,  158:2008).

         Membaca  adalah  satu  tindakan  komunikasi  iaitu  satu  proses  berfikir  yang  melibatkan  idea,  kenyataan  dan  perasaan  yang  disampaikan  oleh  penulis  kepada  pembaca  melalui  perantara  lambang-lambang  bahasa  (Siti  Hajar  Abdul  Aziz,  2009:143).

         Menurut  Farida  Rahim  2005,  definisi  membaca  mencakup;  Pertama,  membaca  merupakan  suatu  proses.  Maksudnya  adalah  informasi  dari  teks  dan  pengetahuan  yang  dimiliki  oleh  pembaca  mempunyai  peranan  utama  dalam  membentuk  makna.  Kedua,  membaca  adalah  strategi.  Pembaca  yang  efektif  menggunakan  berbagai-bagai  strategi  membaca  yang  sesuai  dengan  teks  dan  konteks  dalam  rangka  mengkonstruk  makna  ketika  membaca.  Strategi  ini  bervariasi  yang  sesuai  dengan  jenis teks  dan  tujuan  membaca.  Ketiga,  membaca  merupakan  interaktif.  Keterlibatan  pembaca  dengan  teks  bergantung  pada  konteks.  teks  yang  dibaca  pula  harus  mudah  difahami  sehingga  menjadi  interaksi  antara  pembaca  dengan  teks.

        Membaca  juga  merupakan  proses  memahami  atau  membina  pemahaman  kerana kita  belum  membaca  jika  belum  memahami.  ( Nik Safiah Karim, 1985).



Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Tokoh  barat:

          Membaca  memerlukan  pentafsiran  serta  pemikiran  yang  tinggi  untuk  memahami  makna  daripada  teks  yang  bercetak (Cohen,  1990).

        Membaca  merupakan  suatu  proses  pembentukan  dan  pemberian  makna  menerusi  interaksi  antara  pembaca  dengan  bahan  yang  dibaca  ataupun  proses  membina  jambatan  antara  bahan  yang  dibaca  dengan  pengalaman  latar  si  pembaca  (Anderson  dan  Pearson,  1984).

       Membaca  boleh  dilihat  sebagai proses  memilih  dan  mengambil  tindakan  apabila  pembaca  menyesuaikan  proses  membaca  dengan  tujuan  dan  teks  yang  dibacanya.  (Anderson,  Hiebert,  Scott  dan  Wilkinson,  1985).  Proses  yang  menentukan  apakah  tujuan  dan  tindakan  yang  akan  diambil  ini  berlaku  serentak  dengan  proses  membina  makna  daripada  bahan  yang  dibaca.

         Menurut  Tinker  1952,  membaca  itu  ada  tiga  proses  yang  berlaku  iaitu:  (1)  Pengiktirafan  perkataan  simbol,  (2)  Menarik  balik  pengalaman  yang  berkaitan  dengannya,  dan  (3)  Pembinaan  semula  pengetahuan  untuk menggabungkan  idea  baru  yang  terkandung  dalam  bahan  bacaan.

         Mitchell  (1982,  p.1)  defined  reading  as  the  ability  to  make  sense  written  or  printed  symbols.  The  reader  uses  the  symbols  to  guide  the  recovery  of  information  from  his  or  her  memory  and  subsequently  uses  this  information  to  construct  a  plausible  interpretation  of  the  writer's  message.

         Rayner  (1989,  p.23)  said  that  reading  is  the  ability  to  extract  visual  information  from  the  page  and  comprehend  the  meaning  of  the  text. 

         Berdasarkan  pendapat  dan  pandangan  para  tokoh  di  atas,  secara  ringkasnya  membaca  ialah  proses  yang  dilakukan  oleh  pembaca  itu  sendiri  untuk  mentafsirkan  dan  memberikan  makna  terhadap  bahan bacaan  terutama  bahan  yang  berbentuk  teks  sebelum  menggunakan  kemahiran  berfikir  secara  kritis  dalam  membuat  keputusan  terhadap  apa  yang  dibaca. Proses  membaca  adalah  satu  proses  membina  jambatan  antara  maklumat  yang  terdapat  pada  permukaan  bertulis  dengan  maklumat  yang terkandung  dalam  pemikiran  si  pembaca.  Semakin  banyak  maklumat  yang  diperoleh  oleh  pembaca  dalam  pemikirannya  tentang  perkara  yang  terkandung  dalam  bahan  yang  dibaca,  semakin  mudah  proses  pemahaman  berlaku. 


TEORI  PROSES MEMBACA








1. PROSES MENGENAL SIMBOL

  • Pancaindera penglihatan adalah penting dalam proses mengenal huruf sebagai    simbol ketika aktiviti membaca dijalankan.
  • Penulis mempunyai idea, maklumat, pesanan atau pengajaran yang ingin  disampaikan menerusi simbol bertulis.
  • Idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol huruf atau dikenali sebagai proses mengenkod .


2. PROSES MEMECAHKAN KOD


  • Proses memecah kod atau mendekod ini berlaku apabila pembaca dapat mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis, sama ada bentuk huruf, format penulisan, dan bahasa yang digunakan. Sekiranya pembaca tidak dapat memecah kod ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan pembaca tidak dapat meneruskan langkah seterusnya.


3. PROSES TRANSISI

  • Rosenblatt (1978) menjelaskan proses ini sebagai proses transisi antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembaca. (Interaksi antara penulis dan pembaca).
  • Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang dihasilkannya,tetapi meletakkan tanggungjawab mencari makna kepada pembaca.
  • Terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap bahan yang dibacanya.
  • Pembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat memberikan respons kepada bahan yang dihasilkan penulis berlandaskan keperluan pembaca.
  • Pembaca membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsi.
  • Rosenblatt memperkenalkan konsep eferen dan estetik dalam membaca. Konsep ini sangat penting bagi menentukan fungsi membaca.



Model  dalam  pengajaran membaca



1. Model Top-down

  • Proses pengajaran bermula dengan teks.
  • Guru membahagi-bahagikan teks kepada murid.
  • Murid membaca teks, sama ada secara senyap atau membaca secara lantang.
  • Guru meminta murid mengambil perhatian terhadap istilah-istilah penting dan istilah yang tidak difahami oleh murid.
  • Murid mencari makna perkataan dan frasa sama ada berlandaskan hubung kait dalam petikan atau dalam kamus.
  • Guru mengarahkan murid mencari isi-isi penting dalam petikan.
  • Pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan.
  • Maksud keseluruhan petikan dikenalpasti.
  • Guru cuba mengaitkan petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.


2. Model Bottom-up

  • Pengajaran membaca bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini.
  • Pengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka dalam perbincangan.
  • Guru juga membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas.
  • Guru membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan topik perbincangan dengan lebih terperinci.
  • Setelah perbincangan dilaksanakan dengan berkesan barulah guru membahagikan teks untuk bacaan.
  • Murid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu.