Tuesday 30 April 2013

Keterampilan Membaca

 
PENGENALAN

         Kemahiran  membaca  merupakan  satu  kemahiran  asas  yang  wajib  dipelajari  sebelum  memulakan  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  dalam  konteks  di  sekolah  misalnya.  Hal  ini  demikian  kerana  kesemua  proses  pengajaran  dan  pembelajaran  bermula  dengan  kemahiran  membaca  dan  diikuti  dengan  kemahiran  lainnya  seperti  bertutur,  mendengar  dan  menulis.  Pada  dasarnya,  sangat  perlu  bagi  seseorang  individu  mempelajari  tiga  perkara  asas  dalam  pendidikan  iaitu  membaca,  menulis  dan  mengira.  Ketidakupayaan  dalam  ketiga-tiga  perkara  ini  menyebabkan  seseorang  itu  hidup  dalam  keadaan  buta  huruf.  Perkara  ini  pastinya  menyebabkan  seseorang  itu  tidak  berpeluang  mempunyai  pekerjaan  yang  lebih  baik  dan  terlalu  bergantung  kepada  orang  lain  dalam  kehidupannya.  Secara  khususnya,  ketiga-tiga  asas  ini  sangat  penting  terutama  dalam  dunia  moden  yang  memaksa  kita  untuk  sentiasa  bersaing  secara  global  agar  melahirkan  masyarakat  yang  tidak  ketinggalan  jauh  oleh  arus  pemodenan.


DEFINISI  MEMBACA

Mengikut  pendapat  dan  pandangan  tokoh  tempatan  dan  barat.

Tokoh  tempatan:

            Membaca  dapat  diertikan  sebagai  satu  proses  yang  dilakukan  pembaca  bagi  membentuk  atau  memberikan  makna  terhadap  teks  yang  dibacanya  tersebut  sebelum  membuat  keputusan.  (Mahzan  Arshad,  158:2008).

         Membaca  adalah  satu  tindakan  komunikasi  iaitu  satu  proses  berfikir  yang  melibatkan  idea,  kenyataan  dan  perasaan  yang  disampaikan  oleh  penulis  kepada  pembaca  melalui  perantara  lambang-lambang  bahasa  (Siti  Hajar  Abdul  Aziz,  2009:143).

         Menurut  Farida  Rahim  2005,  definisi  membaca  mencakup;  Pertama,  membaca  merupakan  suatu  proses.  Maksudnya  adalah  informasi  dari  teks  dan  pengetahuan  yang  dimiliki  oleh  pembaca  mempunyai  peranan  utama  dalam  membentuk  makna.  Kedua,  membaca  adalah  strategi.  Pembaca  yang  efektif  menggunakan  berbagai-bagai  strategi  membaca  yang  sesuai  dengan  teks  dan  konteks  dalam  rangka  mengkonstruk  makna  ketika  membaca.  Strategi  ini  bervariasi  yang  sesuai  dengan  jenis teks  dan  tujuan  membaca.  Ketiga,  membaca  merupakan  interaktif.  Keterlibatan  pembaca  dengan  teks  bergantung  pada  konteks.  teks  yang  dibaca  pula  harus  mudah  difahami  sehingga  menjadi  interaksi  antara  pembaca  dengan  teks.

        Membaca  juga  merupakan  proses  memahami  atau  membina  pemahaman  kerana kita  belum  membaca  jika  belum  memahami.  ( Nik Safiah Karim, 1985).



Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim

Tokoh  barat:

          Membaca  memerlukan  pentafsiran  serta  pemikiran  yang  tinggi  untuk  memahami  makna  daripada  teks  yang  bercetak (Cohen,  1990).

        Membaca  merupakan  suatu  proses  pembentukan  dan  pemberian  makna  menerusi  interaksi  antara  pembaca  dengan  bahan  yang  dibaca  ataupun  proses  membina  jambatan  antara  bahan  yang  dibaca  dengan  pengalaman  latar  si  pembaca  (Anderson  dan  Pearson,  1984).

       Membaca  boleh  dilihat  sebagai proses  memilih  dan  mengambil  tindakan  apabila  pembaca  menyesuaikan  proses  membaca  dengan  tujuan  dan  teks  yang  dibacanya.  (Anderson,  Hiebert,  Scott  dan  Wilkinson,  1985).  Proses  yang  menentukan  apakah  tujuan  dan  tindakan  yang  akan  diambil  ini  berlaku  serentak  dengan  proses  membina  makna  daripada  bahan  yang  dibaca.

         Menurut  Tinker  1952,  membaca  itu  ada  tiga  proses  yang  berlaku  iaitu:  (1)  Pengiktirafan  perkataan  simbol,  (2)  Menarik  balik  pengalaman  yang  berkaitan  dengannya,  dan  (3)  Pembinaan  semula  pengetahuan  untuk menggabungkan  idea  baru  yang  terkandung  dalam  bahan  bacaan.

         Mitchell  (1982,  p.1)  defined  reading  as  the  ability  to  make  sense  written  or  printed  symbols.  The  reader  uses  the  symbols  to  guide  the  recovery  of  information  from  his  or  her  memory  and  subsequently  uses  this  information  to  construct  a  plausible  interpretation  of  the  writer's  message.

         Rayner  (1989,  p.23)  said  that  reading  is  the  ability  to  extract  visual  information  from  the  page  and  comprehend  the  meaning  of  the  text. 

         Berdasarkan  pendapat  dan  pandangan  para  tokoh  di  atas,  secara  ringkasnya  membaca  ialah  proses  yang  dilakukan  oleh  pembaca  itu  sendiri  untuk  mentafsirkan  dan  memberikan  makna  terhadap  bahan bacaan  terutama  bahan  yang  berbentuk  teks  sebelum  menggunakan  kemahiran  berfikir  secara  kritis  dalam  membuat  keputusan  terhadap  apa  yang  dibaca. Proses  membaca  adalah  satu  proses  membina  jambatan  antara  maklumat  yang  terdapat  pada  permukaan  bertulis  dengan  maklumat  yang terkandung  dalam  pemikiran  si  pembaca.  Semakin  banyak  maklumat  yang  diperoleh  oleh  pembaca  dalam  pemikirannya  tentang  perkara  yang  terkandung  dalam  bahan  yang  dibaca,  semakin  mudah  proses  pemahaman  berlaku. 


TEORI  PROSES MEMBACA








1. PROSES MENGENAL SIMBOL

  • Pancaindera penglihatan adalah penting dalam proses mengenal huruf sebagai    simbol ketika aktiviti membaca dijalankan.
  • Penulis mempunyai idea, maklumat, pesanan atau pengajaran yang ingin  disampaikan menerusi simbol bertulis.
  • Idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol huruf atau dikenali sebagai proses mengenkod .


2. PROSES MEMECAHKAN KOD


  • Proses memecah kod atau mendekod ini berlaku apabila pembaca dapat mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis, sama ada bentuk huruf, format penulisan, dan bahasa yang digunakan. Sekiranya pembaca tidak dapat memecah kod ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan pembaca tidak dapat meneruskan langkah seterusnya.


3. PROSES TRANSISI

  • Rosenblatt (1978) menjelaskan proses ini sebagai proses transisi antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembaca. (Interaksi antara penulis dan pembaca).
  • Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang dihasilkannya,tetapi meletakkan tanggungjawab mencari makna kepada pembaca.
  • Terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap bahan yang dibacanya.
  • Pembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat memberikan respons kepada bahan yang dihasilkan penulis berlandaskan keperluan pembaca.
  • Pembaca membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsi.
  • Rosenblatt memperkenalkan konsep eferen dan estetik dalam membaca. Konsep ini sangat penting bagi menentukan fungsi membaca.



Model  dalam  pengajaran membaca



1. Model Top-down

  • Proses pengajaran bermula dengan teks.
  • Guru membahagi-bahagikan teks kepada murid.
  • Murid membaca teks, sama ada secara senyap atau membaca secara lantang.
  • Guru meminta murid mengambil perhatian terhadap istilah-istilah penting dan istilah yang tidak difahami oleh murid.
  • Murid mencari makna perkataan dan frasa sama ada berlandaskan hubung kait dalam petikan atau dalam kamus.
  • Guru mengarahkan murid mencari isi-isi penting dalam petikan.
  • Pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan.
  • Maksud keseluruhan petikan dikenalpasti.
  • Guru cuba mengaitkan petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.


2. Model Bottom-up

  • Pengajaran membaca bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini.
  • Pengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka dalam perbincangan.
  • Guru juga membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas.
  • Guru membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan topik perbincangan dengan lebih terperinci.
  • Setelah perbincangan dilaksanakan dengan berkesan barulah guru membahagikan teks untuk bacaan.
  • Murid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu.