PENGENALAN
Kemahiran membaca merupakan satu kemahiran asas yang wajib dipelajari sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam konteks di sekolah misalnya. Hal ini demikian kerana kesemua proses pengajaran dan pembelajaran bermula dengan kemahiran membaca dan diikuti dengan kemahiran lainnya seperti bertutur, mendengar dan menulis. Pada dasarnya, sangat perlu bagi seseorang individu mempelajari tiga perkara asas dalam pendidikan iaitu membaca, menulis dan mengira. Ketidakupayaan dalam ketiga-tiga perkara ini menyebabkan seseorang itu hidup dalam keadaan buta huruf. Perkara ini pastinya menyebabkan seseorang itu tidak berpeluang mempunyai pekerjaan yang lebih baik dan terlalu bergantung kepada orang lain dalam kehidupannya. Secara khususnya, ketiga-tiga asas ini sangat penting terutama dalam dunia moden yang memaksa kita untuk sentiasa bersaing secara global agar melahirkan masyarakat yang tidak ketinggalan jauh oleh arus pemodenan.
DEFINISI MEMBACA
Mengikut pendapat dan pandangan tokoh tempatan dan barat.
Tokoh tempatan:
Membaca dapat diertikan sebagai satu proses yang dilakukan pembaca bagi membentuk atau memberikan makna terhadap teks yang dibacanya tersebut sebelum membuat keputusan. (Mahzan Arshad, 158:2008).
Membaca adalah satu tindakan komunikasi iaitu satu proses berfikir yang melibatkan idea, kenyataan dan perasaan yang disampaikan oleh penulis kepada pembaca melalui perantara lambang-lambang bahasa (Siti Hajar Abdul Aziz, 2009:143).
Menurut Farida Rahim 2005, definisi membaca mencakup; Pertama, membaca merupakan suatu proses. Maksudnya adalah informasi dari teks dan pengetahuan yang dimiliki oleh pembaca mempunyai peranan utama dalam membentuk makna. Kedua, membaca adalah strategi. Pembaca yang efektif menggunakan berbagai-bagai strategi membaca yang sesuai dengan teks dan konteks dalam rangka mengkonstruk makna ketika membaca. Strategi ini bervariasi yang sesuai dengan jenis teks dan tujuan membaca. Ketiga, membaca merupakan interaktif. Keterlibatan pembaca dengan teks bergantung pada konteks. teks yang dibaca pula harus mudah difahami sehingga menjadi interaksi antara pembaca dengan teks.
Membaca juga merupakan proses memahami atau membina pemahaman kerana kita belum membaca jika belum memahami. ( Nik Safiah Karim, 1985).
Membaca juga merupakan proses memahami atau membina pemahaman kerana kita belum membaca jika belum memahami. ( Nik Safiah Karim, 1985).
Prof Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim
Tokoh barat:
Membaca memerlukan pentafsiran serta pemikiran yang tinggi untuk memahami makna daripada teks yang bercetak (Cohen, 1990).
Membaca merupakan suatu proses pembentukan dan pemberian makna menerusi interaksi antara pembaca dengan bahan yang dibaca ataupun proses membina jambatan antara bahan yang dibaca dengan pengalaman latar si pembaca (Anderson dan Pearson, 1984).
Membaca boleh dilihat sebagai proses memilih dan mengambil tindakan apabila pembaca menyesuaikan proses membaca dengan tujuan dan teks yang dibacanya. (Anderson, Hiebert, Scott dan Wilkinson, 1985). Proses yang menentukan apakah tujuan dan tindakan yang akan diambil ini berlaku serentak dengan proses membina makna daripada bahan yang dibaca.
Menurut Tinker 1952, membaca itu ada tiga proses yang berlaku iaitu: (1) Pengiktirafan perkataan simbol, (2) Menarik balik pengalaman yang berkaitan dengannya, dan (3) Pembinaan semula pengetahuan untuk menggabungkan idea baru yang terkandung dalam bahan bacaan.
Mitchell (1982, p.1) defined reading as the ability to make sense written or printed symbols. The reader uses the symbols to guide the recovery of information from his or her memory and subsequently uses this information to construct a plausible interpretation of the writer's message.
Rayner (1989, p.23) said that reading is the ability to extract visual information from the page and comprehend the meaning of the text.
Berdasarkan pendapat dan pandangan para tokoh di atas, secara ringkasnya membaca ialah proses yang dilakukan oleh pembaca itu sendiri untuk mentafsirkan dan memberikan makna terhadap bahan bacaan terutama bahan yang berbentuk teks sebelum menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dalam membuat keputusan terhadap apa yang dibaca. Proses membaca adalah satu proses membina jambatan antara maklumat yang terdapat pada permukaan bertulis dengan maklumat yang terkandung dalam pemikiran si pembaca. Semakin banyak maklumat yang diperoleh oleh pembaca dalam pemikirannya tentang perkara yang terkandung dalam bahan yang dibaca, semakin mudah proses pemahaman berlaku.
TEORI PROSES MEMBACA
1. PROSES MENGENAL SIMBOL
- Pancaindera penglihatan adalah penting dalam proses mengenal huruf sebagai simbol ketika aktiviti membaca dijalankan.
- Penulis mempunyai idea, maklumat, pesanan atau pengajaran yang ingin disampaikan menerusi simbol bertulis.
- Idea ini ditukarkan kepada bentuk simbol huruf atau dikenali sebagai proses mengenkod .
2. PROSES MEMECAHKAN KOD
- Proses memecah kod atau mendekod ini berlaku apabila pembaca dapat mengenal pasti jenis simbol yang dicatat pada permukaan bertulis, sama ada bentuk huruf, format penulisan, dan bahasa yang digunakan. Sekiranya pembaca tidak dapat memecah kod ini, maka aktiviti membaca akan terhenti dan pembaca tidak dapat meneruskan langkah seterusnya.
3. PROSES TRANSISI
- Rosenblatt (1978) menjelaskan proses ini sebagai proses transisi antara pemikiran penulis dengan pemikiran pembaca. (Interaksi antara penulis dan pembaca).
- Penulis tidak menetapkan makna bagi bahan yang dihasilkannya,tetapi meletakkan tanggungjawab mencari makna kepada pembaca.
- Terpulang kepada pembaca untuk membuat tafsiran terhadap bahan yang dibacanya.
- Pembaca yang aktif ialah pembaca yang dapat memberikan respons kepada bahan yang dihasilkan penulis berlandaskan keperluan pembaca.
- Pembaca membaca dengan pelbagai tujuan dan fungsi.
- Rosenblatt memperkenalkan konsep eferen dan estetik dalam membaca. Konsep ini sangat penting bagi menentukan fungsi membaca.
Model dalam pengajaran membaca
1. Model Top-down
- Proses pengajaran bermula dengan teks.
- Guru membahagi-bahagikan teks kepada murid.
- Murid membaca teks, sama ada secara senyap atau membaca secara lantang.
- Guru meminta murid mengambil perhatian terhadap istilah-istilah penting dan istilah yang tidak difahami oleh murid.
- Murid mencari makna perkataan dan frasa sama ada berlandaskan hubung kait dalam petikan atau dalam kamus.
- Guru mengarahkan murid mencari isi-isi penting dalam petikan.
- Pemahaman teks diteruskan dengan membincangkan setiap perenggan.
- Maksud keseluruhan petikan dikenalpasti.
- Guru cuba mengaitkan petikan dengan pengalaman latar murid tentang tema utama, kandungan dan isu yang dibincangkan dalam petikan.
2. Model Bottom-up
- Pengajaran membaca bermula dengan guru membincangkan pengalaman murid tentang sesuatu isu yang dianggap penting atau terkini.
- Pengalaman murid dicungkil bagi menimbulkan minat mereka dalam perbincangan.
- Guru juga membincangkan beberapa istilah yang dianggap penting dan dapat difahami murid dengan jelas.
- Guru membincangkan isu-isu yang dianggap berkaitan topik perbincangan dengan lebih terperinci.
- Setelah perbincangan dilaksanakan dengan berkesan barulah guru membahagikan teks untuk bacaan.
- Murid membaca teks dan cuba mengaitkan kandungan teks dengan topik perbincangan yang telah dijalankan sebelum itu.